Mike adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai cita-cita untuk ke Marikh.Dia berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya itu sehingga dia belajar di sebuah institusi angkasawan.Setelah sekian lama dia belajar,akhirnya dia dapat juga ke Marikh.
Ketika ekspedisinya di sana,terdapat ribut yang sangat kuat.Rakan-rakannya menganggap bahawa dia sudah mati tetapi sebenarnya tidak.Jadi,mereka pulang ke Bumi.Mike menggunakan ilmunya untuk hidup di sana.Dia cuba menghubungi rakan-rakannya.Mereka mengetahui bahawa Mike masih hidup.
NASA cuba menghantar beberapa angkasawan untuk menyelamatkan Mike tetapi tidak berjaya.Mike berusaha untuk memastikan dirinya hidup di Marikh.Dia memakan kentang yang ditanamnya sendiri di sana.Dia menggunakan kentang yang dibawa dari Bumi dan menggunakan tanah di Marikh.
Mike menggunakan barang-barang yang masih ada.Dia mengembara di Marikh untuk menemui sebuah roket yang berada di situ.Rakan-rakannya dan pihak NASA berusaha untuk menemui jalan penyelesaian untuk menyelamatkan Mike.
Setelah beberapa bulan,Mike selalu menghubungi rakan-rakannya untuk mengetahui cra untuk pulang ke Bumi.Setelah pihak NASA berbincang dengan pihak China mereka bersetuju untuk bekerjasama supaya Mike diselamatkan.
Pihak NASA menghantar lagi roket ke angkasa lepas dan rakan-rakan Mike sukarela untuk menyelamatkan Mike walaupun ianya berisiko tinggi.Akhirnya Mike sampai juga di tempat roket.Rakan-rakannya pula sudah bersiap sedia untuk menyelamatkan Mike.
Ketika Mike berlepas menggunakan roket yang ditemuinya,terdapat masalah sehingga menyukarkan rakannya untuk menyelamatkannya.Mereka berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk menyelamatkan Mike.Akhirnya mereka berjaya.
Semua orang gembira setelah mengetahui Mike telah selamat.Mike telah tinggal di Marikh selama 1 tahun dan 7 bulan.Ianya adalah sebuah pengembaraan yang sangat menarik bagi Mike.Mike berkongsi pengalamannya di sana kepada orang lain.
menarik..mcm jalan cerita the martian..hehe
LikeLiked by 2 people
=)
LikeLiked by 1 person
Gambar planet Marikh kita samalah 🙂
LikeLiked by 1 person
aah
LikeLiked by 1 person