AIMAN DI ZUHAL

    Pada satu malam,Aiman bermimpi dia sedang berjalan di Zuhal.Ketika dia sedang berjalan,dia tidak memakai apa-apa kelengkapan seperti sut angkasawan.Tiba-tiba,Aiman terjaga dari mimpinya.Dia terfikir untuk pergi ke Zuhal.

Keesokan harinya,Aiman berjumpa Prof.Zainudin untuk menyatakan hasratnya yang ingin ke Zuhal.Prof.Zainudin berbincang dengan pengerusi tentang hal itu.Pengerusi memberi kebenaran kepada Prof.Zainudin un tuk membawa Aiman ke Zuhal.

Prof.Zainudin memberitahu Aiman bahawa hasratnya untuk ke Zuhal  telah dipersetujui dan Aiman harus menunggu selama lima bulan untuk membuat sut angkasawan.Aiman enggan memakai sut angkasawan kerana dia percaya pada mimpinya.Prof.Zainudin berasa pelik tetapi dia percaya ada sesuatu yang dirahsiakan Aiman dan dia bersetuju untuk Aiman tidak memakai sut angkasawan.

Tiba masanya mereka berdua berlepas ke Zuhal.Prof Zainudin berasa pelik kerana Aiman masih boleh bernafas walaupun tiada bekalan oksigen.Setelah seminggu,mereka pun sampai di Zuhal.Aiman berjalan di Zuhal tanpa memakai sut angkasawan.Mimpi itu menjadi realiti.Rupa-rupanya Aiman bukan seorang lelaki biasa.

Leave a comment