PENGEMBARAAN KE MARIKH

         Mike adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai cita-cita untuk ke Marikh.Dia berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya itu sehingga dia belajar di sebuah institusi angkasawan.Setelah sekian lama dia belajar,akhirnya dia dapat juga ke Marikh.

          Ketika ekspedisinya di sana,terdapat ribut yang sangat kuat.Rakan-rakannya menganggap bahawa dia sudah mati tetapi sebenarnya tidak.Jadi,mereka pulang ke Bumi.Mike menggunakan ilmunya untuk hidup di sana.Dia cuba menghubungi rakan-rakannya.Mereka mengetahui bahawa Mike masih hidup.

          NASA cuba menghantar beberapa angkasawan untuk menyelamatkan Mike tetapi tidak berjaya.Mike berusaha untuk memastikan dirinya hidup di Marikh.Dia memakan kentang yang ditanamnya sendiri di sana.Dia menggunakan kentang yang dibawa dari Bumi dan menggunakan tanah di Marikh.

             Mike menggunakan barang-barang yang masih ada.Dia mengembara di Marikh untuk menemui sebuah roket yang berada di situ.Rakan-rakannya dan pihak NASA berusaha untuk menemui jalan penyelesaian untuk menyelamatkan Mike.

               Setelah beberapa bulan,Mike selalu menghubungi rakan-rakannya untuk mengetahui cra untuk pulang ke Bumi.Setelah pihak NASA berbincang dengan pihak China mereka bersetuju untuk bekerjasama supaya Mike diselamatkan.

                Pihak NASA menghantar lagi roket ke angkasa lepas dan rakan-rakan Mike sukarela untuk menyelamatkan Mike walaupun ianya berisiko tinggi.Akhirnya Mike sampai juga di tempat roket.Rakan-rakannya pula sudah bersiap sedia untuk menyelamatkan Mike.

               Ketika Mike berlepas menggunakan roket yang ditemuinya,terdapat masalah sehingga menyukarkan rakannya untuk menyelamatkannya.Mereka berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk menyelamatkan Mike.Akhirnya mereka berjaya.

               Semua orang gembira setelah mengetahui Mike telah selamat.Mike telah tinggal di Marikh selama 1 tahun dan 7 bulan.Ianya adalah sebuah pengembaraan yang sangat menarik bagi Mike.Mike berkongsi pengalamannya di sana kepada orang lain.

                               ~TAMAT~                                 marikh

BANGUNAN DI PLUTO

Hari ini,kami mempunyai sebuah projek iaitu membina sebuah bangunan yang kukuh yang boleh dibina di Pluto.Ahli kumpulan saya ialah Tareq,Syifa’,Nabilah dan Syahirah.Kami membina sebuah bangunan yang diinspirasikan dari bangunan Burj Khalifa dan Menara condong.Bahan-bahan yang kami gunakan adalah botol air mineral dan kotak.Bangunan kami mempunyai 4 tingkat.Kami menggunakan air sebagai bahan pemberat dan di tingkat yang paling atas iaitu tingkat ke 4 ada sebuah simbol sebagai simbol keharmonian.Antara ciri-ciri keselamatan bangunan kami adalah setiap tingkat ada satu lantai yang lebih dari bangunan dan di atasnya terdapat tilam tetapi di Pluto kita hanya perlu terjun keluar dari bangunan dan kita akan terapung jika ada bahaya.Itu sahaja yang saya boleh kongsikan.=)40_21_1331108237_82_kingdom_tower_1

BANDAR IMPIAN SAYA

    Semua orang mempunyai impian untuk memiliki sebuah bandar impian,begitu juga saya.Saya inginkan sebuah bandar yang aman dan teknologi yang canggih yang boleh membantu meringankan kerja harian penduduk di situ.

    Nama bandar impian saya adalah Mix City.Saya menamakan bandar tersebut sebagai Mix City kerana ianya mempunyai pelbagai bentuk bangunan yang unik.Di sana,terdapat 4 buah bangunan utama iaitu masjid,pusat pentadbiran,pusat teknologi dan pusat janaan kuasa elektrik.

    Masjid di sana adalah berbentuk bulan dan bintang.ianya akan bercahaya pada waktu malam.Pusat pentadbiran tersebut adalah tempat untuk semua menteri bermesyuarat dan menjalankan kerja masing-masing.Pusat teknelogi pula adalah tempat untuk alatan teknologi dibuat dan tempat untuk membetulkan alatan tersebut.Bandar saya menggunakan kincir angin dan tenaga solar sebagai penjana elektrik dan pusat janaan kuasa dibina untuk menjalankan janaan elektrik tersebut.

     Penduduk di situ menggunakan tekopter sebagai alat pengangkutan bagi mereka.Dan di sana juga terdapat sebuah menara yang sangat tinngi dan di dalamnya adalah pusat membeli-belah dan sebagainya.Itu sahaja yang saya boleh kongsikan tentang bandar impian saya.windmill-86175_640

PENGALAMAN BERLAKON

Pada hari ini,saya berlakon.Ianya sangat seronok.Watak saya ialah seorang permpuan yang selalu membuli.Cerita yang saya lakonkan adalah Super Boy.Ianya adalah sebuah cerita yang berunsurkan Fiksyen Sains.Ahli kumpulan saya ialah Alia,Al-Nur,Nabilah dan Aqil.Saya berasa sangat seronok kerana dapat satu kumpulan dengan mereka.Ianya agak mencabar untuk kami yang berumur 12 tahun.Mula-mula kami menulis jalan cerita dan membuat kostum.Kami tidak menulis skrip kerana kami hanya berlakon secara spontan.kami mencari PROPS yang bersesuaian dengan cerita kami.Kami menggunakan PROPS di kantin dan tandas.Alia sebagai seorang kanak-kanak yang dibuli,Al sebagai Super Boy,Nabilah sebagai kaki buli dan Aqil pula sebagai Alien.Itu sahaja yang dapat  saya kongsikan.superboy_52_by_nursury0-d7y44ea

HIDUP DI ANGKASA

Di angkasa…

Ku hidup sendirian

Mengembara ke setiap penjuru

Tanpa teman di sisi

 

Siang malam ku sendiri

Merindui orang yang disayangi

Tetapi demi mereka

Ku gagahkan diri untuk ke sini

Tanpa disedari

Hari berganti hari

Genap sudah pengembaraan ku disini

Tiba masanya…

Untukku pulang ke riba orang yang tersayang

DUNIA FANTASI SAYA

    Dunia Fantasi saya adalah sebuah dunia yang penuh dengan barang yang saya gemari seperti teddybear,gula-gula dan makanan ringan.Dunia fantasi saya seperti dunia biasa tetapi dunia itu lebih kepada barang yang saya sukai.Di sana,saya mempunyai sebuah istana yang sangat indah dan beberapa pusat membeli-belah.Makanan ringan dan teddybear disana seperti pokok.Ianya sangat besar.Di sana juga ada haiwan yang tiada di dunia nyata seperti kuda yang bertanduk yang dipanggil sebagai unicorn.Kalaulah ianya sebuah realiti,pasti saya akan menjadi orang paling gembira.rainbow-field

BUMI YANG INDAH

Pergi ke pasar pada waktu pagi,

          Pergi ke sana membeli cili,

Selepas hujan ada pelangi,

           Pelangi indah berwarna-warni.

 

                  Bermain guli di rumah Ali,

                             Pulang ke rumah untuk makan tengahari,

                   Tumbuh-tumbuhan menghiasi Bumi,

                              Sinaran mentari menyinari pagi.

AIMAN DI ZUHAL

    Pada satu malam,Aiman bermimpi dia sedang berjalan di Zuhal.Ketika dia sedang berjalan,dia tidak memakai apa-apa kelengkapan seperti sut angkasawan.Tiba-tiba,Aiman terjaga dari mimpinya.Dia terfikir untuk pergi ke Zuhal.

Keesokan harinya,Aiman berjumpa Prof.Zainudin untuk menyatakan hasratnya yang ingin ke Zuhal.Prof.Zainudin berbincang dengan pengerusi tentang hal itu.Pengerusi memberi kebenaran kepada Prof.Zainudin un tuk membawa Aiman ke Zuhal.

Prof.Zainudin memberitahu Aiman bahawa hasratnya untuk ke Zuhal  telah dipersetujui dan Aiman harus menunggu selama lima bulan untuk membuat sut angkasawan.Aiman enggan memakai sut angkasawan kerana dia percaya pada mimpinya.Prof.Zainudin berasa pelik tetapi dia percaya ada sesuatu yang dirahsiakan Aiman dan dia bersetuju untuk Aiman tidak memakai sut angkasawan.

Tiba masanya mereka berdua berlepas ke Zuhal.Prof Zainudin berasa pelik kerana Aiman masih boleh bernafas walaupun tiada bekalan oksigen.Setelah seminggu,mereka pun sampai di Zuhal.Aiman berjalan di Zuhal tanpa memakai sut angkasawan.Mimpi itu menjadi realiti.Rupa-rupanya Aiman bukan seorang lelaki biasa.